ALOR GAJAH, 14 April 2026 – Program Sembang Santai Komuniti anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Dewan JAPERUN Gadek, Alor Gajah, Melaka.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk VP Shanmugam a/l
V.Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka
bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman kepimpinan
pertubuhan setempat mengenai aspek pematuhan Akta Pertubuhan 1966 serta
pengurusan dokumen berkualiti menerusi taklimat yang disampaikan oleh Penolong
Pendaftar Pertubuhan JPPM Melaka. Selain itu, program turut diisi dengan sesi
perkongsian ilmu oleh Encik Mohd Zakri bin Raihan, Pegawai Penerangan daripada
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memberi nilai
tambah kepada pembangunan sahsiah dan komuniti setempat.
Semoga program ini dapat meningkatkan kompetensi wakil-wakil pertubuhan
dalam memastikan tadbir urus persatuan sentiasa berada di tahap kecemerlangan
terbaik demi kesejahteraan komuniti setempat.












