Galeri Foto

PEMERIKSAAN BERNOTIS JPPM NEGERI KEDAH DI PULAU TUBA

30 Jun 2025, Langkawi- Pemeriksaan Bernotis oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kedah di Pulau Tuba, Langkawi, telah diadakan sebagai satu langkah proaktif dalam memastikan pertubuhan berdaftar sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 835], Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 dan Perlembagaan Pertubuhan. Pemeriksaan ini berlangsung dengan penglibatan seramai 9 orang pegawai JPPM Negeri Kedah yang hadir secara fizikal ke lokasi pertubuhan. Usaha ini menunjukkan komitmen jabatan dalam mendekati pertubuhan dan memberi khidmat nasihat secara langsung. 


Bagi melancarkan proses pemeriksaan, pegawai-pegawai telah dibahagikan kepada 5 kumpulan, di mana setiap kumpulan bertanggungjawab menyemak dan menilai pentadbiran serta dokumen rasmi pertubuhan. Antara perkara yang disemak termasuklah perlembagaan pertubuhan, buku minit mesyuarat, laporan kewangan, senarai keahlian, serta maklumat jawatankuasa semasa. Pemeriksaan ini juga memberi peluang kepada pegawai JPPM untuk berinteraksi secara terus dengan wakil pertubuhan bagi mendapatkan maklumat tambahan serta memberi teguran atau cadangan penambahbaikan.


Pemeriksaan ini bukan bertujuan mengesan kesalahan atau ketidakpatuhan, tetapi turut berperanan sebagai sesi bimbingan dan kesedaran kepada pertubuhan agar mereka dapat memahami tanggungjawab mereka dengan lebih jelas. Pendekatan secara bersemuka ini amat berkesan dalam membina hubungan yang lebih erat antara pihak jabatan dan pertubuhan serta memperkukuh budaya tadbir urus yang baik. Secara keseluruhannya, pelaksanaan pemeriksaan ini mencerminkan usaha berterusan JPPM Negeri Kedah dalam memelihara integriti, ketelusan dan pematuhan dalam kalangan pertubuhan berdaftar di negeri ini.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP