Galeri Foto

PROGRAM #ROS_CARE WASPADA!, API TIDAK KENAL SIAPA

IPOH, 21 Ogos 2026 (Selasa) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak telah menganjurkan Program #ROS_CARE Waspada! Api Tidak Kenal Siapa yang bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Ipoh.

Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu serta memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai langkah-langkah mengelakkan punca kebakaran dan meningkatkan pengetahuan berkaitan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran, termasuk penggunaan alat pemadam api dengan betul.

Selain itu, program ini turut diadakan bagi menggalakkan penglibatan melalui aktiviti bersama antara pihak jabatan dan pertubuhan demi manfaat komuniti, di samping mewujudkan serta mengeratkan hubungan kerjasama yang baik antara pihak jabatan dan ahli-ahli pertubuhan.

Program ini telah mendapat penyertaan seramai 61 orang peserta daripada 39 buah pertubuhan, sekali gus mencerminkan komitmen serta sokongan yang baik daripada pertubuhan berdaftar terhadap usaha meningkatkan tahap kesedaran keselamatan kebakaran serta memperkukuh hubungan kerjasama dengan pihak jabatan.

------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP