Galeri Foto

PROGRAM KLINIK PENTADBIRAN DAN PENDEKATAN PROAKTIF JPPM NEGERI KEDAH DALAM PEMANTAPAN PENGURUSAN PERTUBUHAN

29 Jun 2025, Langkawi - Klinik Pentadbiran anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kedah merupakan satu inisiatif bertujuan untuk membantu dan membimbing pertubuhan berdaftar dalam aspek pengurusan dan pematuhan undang-undang. Klinik ini menyediakan khidmat nasihat dan konsultasi secara terus kepada wakil pertubuhan yang hadir, sekali gus menjadi platform penyelesaian pelbagai isu berkaitan pentadbiran pertubuhan. Melalui pendekatan ini, JPPM berusaha memperkukuh tadbir urus pertubuhan serta meningkatkan kesedaran terhadap keperluan mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Klinik ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu, Pengurusan Pertubuhan, Penguatkuasaan dan Kawalan serta Pengurusan Aduan. Bahagian Pengurusan Pertubuhan telah dikendalikan oleh Encik Mohd Alfey bin Abdul Rahim dan Puan Mariana binti Md Aroff yang memberi fokus kepada hal ehwal pentadbiran seperti proses pendaftaran, penyata tahunan, pelantikan jawatankuasa, pindaan perlembagaan serta penggunaan sistem eROSES. 


Sementara itu, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan dikendalikan oleh Cik Sahida binti Abu Seman dan Puan Fauziah binti Awang Ahmad pula memainkan peranan dalam memastikan pertubuhan mematuhi undang-undang, memantau pertubuhan yang tidak aktif, serta mengambil tindakan terhadap pelanggaran peraturan dan perlembagaan pertubuhan.  


Bahagian Pengurusan Aduan dikendalikan oleh Inspektor Mohd Nor Syazwan bin Ismail dan Sarjan Muhammad Nashan bin Salleh pula berfungsi sebagai saluran rasmi untuk menerima dan menyelesaikan aduan daripada ahli pertubuhan mahupun orang awam. Antara aduan yang dikendalikan adalah seperti isu konflik dalaman pertubuhan, salah guna kuasa, penyelewengan dana dan pelanggaran perlembagaan pertubuhan. Dengan adanya bahagian ini, pertubuhan dapat mengurus permasalahan dalaman secara lebih telus dan teratur.  


Secara keseluruhannya, Klinik Pentadbiran ini menjadi landasan penting kepada pertubuhan untuk mendapatkan pencerahan, menyelesaikan isu serta memperkukuhkan sistem tadbir urus mereka.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP