KOTA BHARU, 31 Julai 2024 – Sesi Hand Holding Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM) bertempat di Dewan Sri Tanjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Bandar Baru Tunjung, 16010 Kota Bharu , Kelantan.
Program ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran kepada ahli pertubuhan akan kepentingan dan tanggungjawab dalam mentadbir persatuan mengikut Akta Pertubuhan 1966 serta menggalakkan permohonan peruntukan yang disediakan kerajaan melalui Geran Sejati Madani 2024 bagi memberi manfaat kepada seluruh komuniti.
Program in juga dihadiri seramai 133 peserta terdiri daripada persatuan penduduk yang berdaftar di Negeri Kelantan.









