Galeri Foto

PROGRAM #ROS_CARE CAKNA INTEGRITI SEJAHTERA KOMUNITI ANJURAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI PERAK

IPOH, 23 Ogos 2025 (Sabtu) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak telah menganjurkan Program #ros_care “Cakna Integriti, Sejahtera Komuniti” bertempat di Dewan Bankuet, Kompleks Kompleks Kementerian Dalam Negeri Ipoh, Perak. Program ini merupakan penganjuran bersama antara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak dan Persatuan Keselamatan Komuniti Tambun, Ipoh, Perak (CP-PAKAT).

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan berhubung kepentingan keselamatan komuniti. Di samping itu, program ini turut memfokuskan kepada peningkatan kefahaman mengenai hak dan tanggungjawab dalam aspek keselamatan komuniti. Seterusnya, memberikan kesedaran dan memperkukuh pengetahuan mengenai usaha membanteras rasuah serta membina kerjasama strategik antara masyarakat, komuniti taman, pertubuhan berdaftar dan pihak berkuasa.
Taklimat telah disampaikan oleh wakil Polis Diraja Malaysia dan Pertubuhan Pemerhati Rasuah Malaysia (Malaysia Corruption Watch – MCW). Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 68 orang peserta yang mewakili 57 pertubuhan daripada pelbagai kategori termasuk keselamatan, sosial dan kebajikan di negeri Perak.
-------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP