Galeri Foto

PROGRAM PRIHATIN MADANI JPPM TAHUN 2025
KOTA SAMARAHAN, 17 November 2025: Program Prihatin MADANI Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Tahun 2025 telah diadakan di Masjid Darul Ikhlas Kpg Sindang Kota Samarahan Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Turut hadir YBrs. Dr Adam bin Abu Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), YBrs. Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak, YBrs. Puan Aimie Yusreena binti Yunus, Penasihat Undang-undang, Pejabat Penasihat Undang-undang JPPM , YBrs. Encik Maswira bin Mahyiddin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan JPPM, SUPT. Azmi bin Shukor, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPPM, YBrs. Encik Shahrizal bin Nuar@Anuar dan YBrs. Puan Nur Faizlin binti Md Jadi, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim antara Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan komuniti Kampung Sindang dengan penglibatan bersama dalam aktiviti kemasyarakatan. Serta menunjukkan komitmen Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dalam mendekati masyarakat dan menyantuni komuniti melalui ini.
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara agensi kerajaan dan masyarakat, serta terus menyemarakkan semangat MADANI dalam komuniti.
-------------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP