JELI, 19 Oktober 2024 : Program Keselamatan #ros_care Jaringan Strategik Tahun 2024 : Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan bersama Kelab Keselamatan Daerah Tanah Merah, Machang dan Jeli (SKTMJ) dengan Kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli bertempat di Dewan IPD Jeli, Kelantan.
Tarikh : 19 Oktober 2024
Masa : 8.30 Pagi – 2.00 Petang
Tempat : Dewan IPD Jeli
Inisiatif pelaksanaan program ini berteraskan pengurusan pertubuhan dalam memangkin pemantapan NGO yang berdaftar di bawah JPPM Negeri Kelantan.
Program Keselamatan ini telah memberi pendedahan kepada Pertubuhan berkenaan Taklimat Pengubahan Wang Haram yang disampaikan oleh En. Mohammad Nizam bin Yahya, Penganalisa, Bank Negara Malaysia dan Taklimat Isu-isu Keselamatan di Daerah Jeli disampaikan oleh Superintendan Polis Saari bin Yaacob, Ketua polis Daerah Jeli, Kelantan.
Program in juga dihadiri seramai 97 peserta terdiri daripada persatuan daerah Jeli yang berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan.













