Galeri Foto

LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA TAHUN 2025
KOTA SAMARAHAN, 26 Jun 2025 - Satu sesi lawatan tapak bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat Madani JPPM Tahun 2025 telah diadakan di Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan hari ini, bagi meninjau kawasan dan kemudahan kampung yang akan dinaik taraf.
Mesyuarat penyelarasan telah diadakan sejurus selepas sesi lawatan tapak bertempat di Pejabat Pengairan dan Saliran Kota Samarahan yang bertujuan untuk memperincikan skop projek dan membincangkan pelaksanaan program naik taraf kemudahan bersama agensi-agensi berkaitan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs Tuan Adam bin Abu Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah JPPM turut disertai YBhg Tuan Ahmad bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Samarahan, YBrs Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah JPPM Negeri Sarawak dan wakil agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan serta Pusat Khidmat Parlimen Kota Samarahan.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP