Galeri Foto

TAKLIMAT PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PERTUBUHAN DAN PEMERIKSAAN BERNOTIS JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (JPPM) NEGERI MELAKA
MELAKA, 23 JANUARI 2025Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Taklimat Pengenalan kepada Pengurusan Pertubuhan dan Pemeriksaan Bernotis bertempat di Dewan Persidangan, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh, Melaka. Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 27 orang peserta daripada JPPM Negeri Melaka dan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), KDN Negeri Melaka.

Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan konsep pengurusan pertubuhan serta tatacara pelaksanaan pemeriksaan bernotis, khususnya kepada pegawai-pegawai JPPM Negeri Melaka serta Bahagian PK, KDN Negeri Melaka.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Noor Azfar Akmal bin Bahara, Pengarah JPPM Negeri Sembilan merangkap Penolong Pendaftar Pertubuhan.

Secara keseluruhan, penganjuran taklimat ini telah berjaya mengukuhkan kolaborasi antara pihak JPPM Melaka dan Bahagian PK, KDN Melaka serta meningkatkan pengetahuan dan kecekapan pegawai bagi kedua-dua Jabatan berkaitan pengurusan pertubuhan dan pemeriksaan bernotis.


12345678910111213
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP