Ipoh, Perak – 7 Mac 2025 – Kunjung hormat ini diadakan untuk menjalin kerjasama strategik di antara HRD Corp dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak terutamanya berkaitan perkongsian maklumat pertubuhan di Negeri Perak. Pihak HRD Corp juga telah membentangkan agenda khusus yang akan dibincangkan dalam sesi pertemuan ini. Inisiatif HRD Corp untuk menjalin kerjasama dengan pihak JPPM Negeri Perak demi untuk menyahut saranan Menteri Besar Perak untuk menyokong pelan Perak Sejahtera 2030 (HRD Corp dan Agensi Perak - Pendekatan Kolaboratif Untuk Perak Sejahtera 2030). Pelan Perak Sejahtera 2030 merangkumi program kerjasama antara HRD Corp dan JPPM Negeri Perak yang merupakan salah satu agensi kerajaan di Negeri Perak dan secara tidak langsung visi HRD Corp iaitu ‘Setiap Rakyat Malaysia Terlatih dan Boleh Bekerja’ dapat direalisasikan.







