Ipoh, Perak – 24 April 2025 – Program Penerapan Nilai-Nilai Murni “Aidilfitri Dirai Dengan Panduan Ilahi” Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak adalah suatu inisiatif Jabatan untuk mengadakan wadah perkongsian ilmu khusus untuk warga kerja Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perak dan agensi serta jabatan di Kompleks KDN Perak. Penceramah yang dijemput bersesuaian dengan topik ilmu yang dibincangkan.
Program ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran warga kerja melalui sesi perkongsian ilmu. Tema perkongsian ilmu bagi siri program ini adalah Amalan-Amalan Sunnah Sempena Perayaan Aidilfitri Menurut Syariat Islam. Sesuai dengan keberadaan pada bulan Syawal ini, masyarakat umumnya dan penjawat awam khususnya perlu dididik untuk peka dengan batas-batas sambutan perayaan Aidilfitri supaya ia mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Kaedah yang tepat dan betul mengikut syariat akan dapat mengelak unsur-unsur tidak sihat pada sambutan perayaan Aidilfitri seperti pembaziran, batasan aurat, pergaulan serta sikap mazmumah yang lain.
Selain
daripada warga kerja JPPM Negeri Perak, program ini juga melibatkan wakil
daripada Jabatan/Agensi di dalam Kompleks Kementarian Dalam Negeri (KDN) Negeri
Perak, wakil daripada Jabatan/Agensi kerjasama strategik serta wakil daripada
JPPM Zon Utara iaitu JPPM Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.










