AYER KEROH, 21 April 2026 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menerima kunjungan daripada Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka, YBrs. Tuan Norazle bin Sulaiman di Pejabat JPPM Melaka, Kompleks Ayer Keroh, Melaka.
Pertemuan ini memfokuskan perbincangan kerjasama strategik dan penyelarasan maklumat serta pemantauan pertubuhan di peringkat Negeri Melaka.
Sinergi antara agensi ini amat penting bagi memastikan kelestarian ekosistem pertubuhan yang berintegriti dan mematuhi aspek undang-undang demi keharmonian negara.









