TUMPAT, Mei 2024 - Program #ros_care Jaringan Strategik Tahun 2024 : Program Keselamatan -Bantuan Awal Bencana anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Persatuan Penduduk Pasir Pekan Prihatin (5P) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tumpat, Pejabat Belia dan Sukan Tumpat dan Persatuan Penduduk Gugusan Kepulauan Tumpat.
Program kaloborasi antara JPPM Negeri Kelantan dengan agensi dan pertubuhan di lokasi strategik yang melibatkan kepakaran dan komitmen yang terlibat. Program ini dijalankan di Dewan Pulau Sri Tanjung ,Tumpat Kelantan pada 15 Mei dan 16 Mei 2024 bagi memberi pendedahan berkaitan keselamatan dan bantuan awal bencana dalam melahirkan komuniti yang sihat dan selamat.











