MELAKA, 11 FEBRUARI 2025 – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Bengkel Semakan Kuiri Pindaan Perlembagaan bertempat di Bilik Mesyuarat JPPM Negeri Melaka, Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 9 orang peserta daripada 8 pertubuhan telah menghadiri bengkel ini.
Objektif bengkel ini
diadakan ialah bertujuan untuk memberikan khidmat nasihat dan bimbingan melalui
pendekatan praktikal (hands-on) untuk
membantu peserta dalam menyelesaikan kuiri berkaitan permohonan pindaan
perlembagaan.
Bengkel ini berjaya
membantu pihak pertubuhan dalam menyelesaikan kuiri dalam tempoh yang
ditetapkan, serta mempercepatkan proses kelulusan pindaan perlembagaan. Wakil
pertubuhan juga menunjukkan kefahaman yang baik terhadap kehendak dan keperluan
yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan dalam proses pindaan perlembagaan.
Inisiatif ini
mencerminkan komitmen berterusan JPPM Negeri Melaka dalam membantu pertubuhan
memahami prosedur pindaan perlembagaan secara teratur, selaras dengan usaha
Jabatan memperkukuh tadbir urus pertubuhan berdaftar.
















