MELAKA, 25 APRIL 2025 – Bahagian Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah melaksanakan pengauditan terhadap Arahan Pembayaran (KEW.303E/303) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Melaka. Sesi tersebut telah dijalankan selama lima (5) hari bermula 21 hingga 25 April 2025 di pejabat JPPM Melaka.
Objektif utama
pengauditan pembayaran ini adalah untuk memastikan pengurusan kewangan dapat
dilaksanakan secara teratur, kemas, terkawal, integriti serta mematuhi
pekeliling kewangan/ perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. Pengauditan ini
diadakan sebagai langkah penting dalam memastikan perancangan dan kawalan
perbelanjaan Jabatan dapat dijalankan secara teratur.
Sesi audit ini dihadiri
oleh Puan Nor Asriza binti Che Ani, Encik Hashim bin Abdul Rahman dan Cik
Veronica a/p Joseph.
Pihak Jabatan merakamkan
penghargaan atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam sesi
audit ini.












