Galeri Foto

SESI KUNJUNGAN HORMAT JPPM NEGERI PERAK KE ATAS PENGARAH IMIGRESEN NEGERI PERAK
IPOH, 29 Julai 2025 - Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak, Puan Nurulhuda binti Mohd Akob telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Imigresen Negeri Perak, Tuan James Lee di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak.

Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Inspektor Che Nur Dini bin Che Nyat dan Puan Jamilah binti Omar. Kehadiran delegasi JPPM Negeri Perak telah disambut oleh Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perak (Kawalan), Tuan Abdul Rahim Chung serta Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Perak (Pengurusan), Tuan Sharmanrizal Rustam.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, di samping memperkukuh perkongsian maklumat khususnya berkaitan pengurusan pertubuhan serta aspek kawalan keselamatan dalam negeri.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP