Program Salam Cinta Buat Semua ini adalah langkah sokongan dalam mempercepat Pelan Pemulihan Negara. Ini kerana dasar pemulihan sesebuah negara bergantung kepada golongan akal budi. Maka suatu pelan untuk kemajuan hidup akan diterapkan kepada ahli-ahli persatuan yang menjadi peranan warga JPPM kerana kita berkongsi hidup bersama masyarakat sivil.
Oleh itu, cinta dalam konteks ini membawa kepada kefahaman melihat sesuatu dengan kasih sayang. Kesusahan golongan ibu tunggal, asnaf dan fakir miskin perlu digalas bersama oleh pihak kerajaan apabila pihak kerajaan melihat rakyat dengan penuh rasa cinta. Jadi, rakyat memerlukan kaedah mendidik dan bantuan dalam bentuk mental dan fizikal. Bukan sahaja bantuan keperluan asas harian yang diperlukan masyarakat tetapi mereka juga memerlukan satu didikan moral yang boleh menaikkan taraf kehidupan mereka.
Program ini melibatkan kolaborasi strategik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di Negeri Terengganu, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pihak media dan lain-lain lagi serta pakar motivasi untuk proses bantuan dan didikan. Proses brainwash akan dipraktikkan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang norma baharu dan cara menangani masalah dengan relevan.