BENTONG, 24 & 25 Jun 2025 – Jaringan kerjasama JPPM Negeri Pahang bersama Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Darul Makmur telah mengadakan Program #ros_care Bil.5 Tahun 2025. Taklimat ini diadakan dengan memberi taklimat ringkas berkaitan tatacara permohonan pindaan dan kaedah tatacara bagi permohonan pindaan perlembagaan di dalam sistem eRoses. Program ini juga bertujuan menjelaskan dan membincangkan mengenai pindaan perlembagaan Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Darul Makmur supaya pertubuhan ini dapat penguruskan tadbir urus yang baik dari semasa ke semasa dan bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966.










