PROGRAM KESELAMATAN #ros_care JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK SIRI 1 TAHUN 2025
Dewan Terbuka KRT Kg. Batu Papan, Gua Musang, 21 Ogos 2025 (Khamis)
Program Keselamatan #ros_care Jaringan Kerjasama Strategik Siri 1 Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Gua Musang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang serta Pasukan Bomba dan Penyelamat Gua Musang bagi memperkukuh hubungan strategik bersama masyarakat setempat.
Pelbagai pengisian menarik telah dijalankan antaranya: 1) Ceramah daripada pihak IPD Gua Musang mengenai Modus Operandi Kes Penipuan dan Statistik Jenayah. 2) Penerangan serta demonstrasi oleh Bomba mengenai Konsep Keselamatan Kebakaran & Kaedah Memadam Kebakaran. 3) Aktiviti kebudayaan bersama masyarakat Orang Asli.
Program ini turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Puan Dalila Diyana Binti Mat Zaid, Pengarah JPPM Negeri Kelantan. Kehadiran seramai 144 orang peserta termasuk urusetia membuktikan komitmen tinggi semua pihak dalam menjayakan program ini. JPPM Negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dan masyarakat setempat atas sokongan padu yang diberikan.














