Galeri Foto

PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA KOMUNITI BERSEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN DURIAN TUNGGAL, MELAKA
DURIAN TUNGGAL, 6 November 2025 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah menganjurkan Program Keselamatan Bersama Komuniti bersempena dengan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal. Program ini telah diadakan di perkarangan Masjid An Naim, Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. Seramai 150 orang peserta terdiri daripada pertubuhan dan komuniti setempat telah hadir menjayakan program ini.

Program ini berkonsepkan turun padang pemimpin bersama Jabatan / Agensi Kerajaan di negeri dan persekutuan yang berlangsung di setiap DUN. Objektif program ini adalah untuk memberi penerangan mengenai keselamatan kebakaran dan meningkatkan kesedaran awam tentang langkah pencegahan serta tindakan semasa kecemasan.

Program dimulakan dengan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Kesedaran Awam yang disampaikan oleh Tuan Hairulnizam bin Ridhuan, Pegawai Bomba Tinggi II / Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Melaka. Seterusnya, demonstrasi penyelamatan turut dijalankan bagi memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta mengenai langkah-langkah keselamatan semasa menghadapi kebakaran.

Majlis perasmian penutupan program ini disempurnakan oleh YB Datuk P.Shanmugam a/l V.Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Negeri Melaka.Turut hadir bersama YB Datuk Zahari bin Abd Khalil, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Melaka.

Pihak Jabatan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kehadiran peserta dalam program ini serta ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program pada hari ini.


12345678910111213141516171819202122232425
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP