Ipoh, Perak – 30 Mei 2025 – Pengarah Jabatan Sukarelawan (RELA) Negeri Perak, Pjr Mohamad Razib bin Buhaini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak Puan Nurulhuda binti Mohd Akob bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JPPM Perak.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara RELA dan JPPM Negeri Perak. Sesi kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah RELA, pegawai Operasi RELA dan Ketua-Ketua Cawangan JPPM Perak.
Pertemuan ini telah membuka ruang perbincangan
ke arah memperkasakan jaringan komunikasi, bertukar pandangan dan berkongsi maklumat selain memperkukuh sinergi dalam pelaksanaan dasar dan program yang
melibatkan masyarakat dan pertubuhan di peringkat negeri Perak.
JPPM Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kunjungan ini dan berharap agar hubungan serta kerjasama yang
terjalin akan terus diperkukuh demi manfaat bersama.