PROGRAM PEMERIKSAAN BERNOTIS BIL. 30/2025 & 31/2025 KE ATAS PERTUBUHAN
JOHOR BAHRU, JOHOR, 19 November 2025 (Rabu) – JPPM Johor telah melaksanakan Pemeriksaan Bernotis Bil. 30/2025 dan 31/2025 melalui dua sesi pemeriksaan melibatkan:
SESI 1 – 9.30 pagi (Persatuan Penduduk Senibong Villa, Taman Cahaya Kota Putri, Masai)
SESI 2 – 10.30 pagi (Persatuan Rekreasi dan Kesenian Senibong Villa, Cahaya Kota Putri)
Pemeriksaan dijalankan oleh dua (2) pegawai JPPM Johor dengan penyertaan tiga (3) pegawai PK KDN Negeri Johor. Pemeriksaan ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966, meneliti rekod dan dokumen pertubuhan, serta menilai aspek pengurusan kewangan dan pentadbiran bagi memperkukuh tadbir urus. JPPM Johor menghargai kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pertubuhan sepanjang sesi pemeriksaan.





