IPOH, 18 Jun 2025 (Rabu) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak telah menerima jemputan untuk menyampaikan taklimat berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pertubuhan Kategori Keagamaan sempena program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) anjuran Bahagian Cawangan Khas, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak yang telah berlangsung pada 18 Jun 2025 bertempat di Pengkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), Ipoh, Perak.
Program LDP tersebut melibatkan seramai 55 orang pegawai dan anggota Cawangan Khas dari seluruh daerah serta Ibu Pejabat Kontinjen PDRM Perak. Penyampaian taklimat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan prosedur yang ditetapkan, bagi membantu pegawai dan anggota Cawangan Khas melaksanakan tugas dengan lebih lancar dan berkesan.





