Galeri Foto

JELAJAH POCKET TALK CAKNA PERTUBUHAN BAHARU JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI TERENGGANU SIRI 1 TAHUN 2021

 Persatuan yang telah diluluskan menjalankan aktiviti masing-masing mengikut objektif penubuhannya dan menghantar Laporan Tahunan ke JPPM Negeri Terengganu setiap tahun. Pengurusan persatuan berkualiti amatlah diperlukan supaya sesuatu persatuan tersebut dapat diuruskan dengan baik dan berkesan.


Melalui sesi ini, persatuan baharu akan mendapat pendedahan mengenai perkara-perkara asas yang penting dalam pengurusan sesebuah pertubuhan seperti kepentingan untuk mematuhi perlembagaan, penyediaan laporan penyata tahunan, penyata tahunan, pengenalan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.


Pocket Talk ini adalah pendekatan yang lebih santai dan mesra di samping dapat mendekatkan lagi hubungan interaksi antara jabatan ini dengan persatuan. Justeru, sesi ini dijangka dapat memberikan lebih banyak output serta mesej yang komprehensif dan menyeluruh kerana dijalankan secara interaksi dua hala.

 

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP