Program ini dirasmikan oleh YBrs. Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak. Turut hadir YBrs. Puan Roimah binti Dollah, Pengarah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan SUPT Azmi bin Shukor, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal, pengetahuan dan kefahaman dalam melayari Sistem eRoses V2.0 versi baharu dalam pengurusan pertubuhan agar dapat mentadbir pertubuhan dengan baik selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua persatuan yang hadir atas komitmen dan sokongan terhadap inisiatif pendigitalan melalui Sistem eROSES V2.0.













