Galeri Foto

KAMPUNG ANGKAT MADANI: KAMPUNG SINDANG BARU, KOTA SAMARAHAN
KOTA SAMARAHAN, 22 Mei 2025: Satu Mesyuarat Kick-Off Penyelarasan bagi pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kota Samarahan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Wan Zainul Azam bin Khamid @ Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Turut hadir ialah YBrs. Puan Hajiawati binti Tambi, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sarawak, YBrs. Encik Shahrizal bin Nuar @ Anuar, Pengarah Bahagian Pengurusan Strategik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), YBrs. Encik Ahmad bin Abdul Razak, Pegawai Daerah Samarahan, bersama wakil-wakil daripada Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (ICU JPM), Pejabat Residen, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pusat Khidmat Parlimen P197 Kota Samarahan, serta Penghulu dan Ketua Kampung Sindang Baru.
Usai mesyuarat, satu sesi lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa fasiliti yang dikenal pasti untuk dibaik pulih. Inisiatif ini merupakan langkah permulaan ke arah penyelarasan yang lebih menyeluruh dan bersepadu dalam usaha merealisasikan aspirasi pembangunan komuniti secara holistik, selaras dengan prinsip dan nilai-nilai MADANI.
--------------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP