Galeri Foto

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN TAHUN 2024 DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2025 JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 16 Jun 2025 - Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang Tahun 2025 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah berlangsung di Hotel Palm Garden, Putrajaya hari ini.
Majlis yang meraikan kecemerlangan warga kerja JPPM serta mengenang jasa para pesara ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg Dato' Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia serta pengurusan tertinggi KDN dan JPPM.
Seramai 23 orang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024, manakala seramai 55 orang telah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang mereka dalam perkhidmatan awam.
Majlis ini turut menghargai jasa serta meraikan tujuh orang pesara atas khidmat bakti mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, dan penghargaan tulus buat para pesara atas segala jasa yang telah dicurahkan.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP