Galeri Foto

PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH PENIPUAN SIBER DENGAN KERJASAMA POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

MELAKA, 25 FEBRUARI 2025Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Melaka dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menganjurkan Program Pencegahan Jenayah Penipuan Siber yang diadakan di Bilik Persidangan, Aras 4, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh, Melaka. Seramai 30 orang peserta daripada 12 pertubuhan telah menghadiri porgram ini.


Program ini merupakan satu inisiatif untuk membendung kes-kes penipuan siber yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini dengan memberi pendedahan mengenai teknik penipuan atau modus operandi terkini jenayah siber dan langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa penipuan jenayah siber.


Taklimat telah disampaikan oleh Inspektor Lutfi bin Zakaria, Pegawai Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.


Penganjuran program ini telah berjaya mengukuhkan kolaborasi antara pihak JPPM Melaka dan IPK Melaka serta berjaya meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan peserta mengenai jenayah siber supaya lebih berwaspada dalam urusan harian.



1234567891011121314
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP