KOTA TINGGI, JOHOR, 23 November 2025 (Ahad) – JPPM Johor telah melaksanakan Program Jaringan Kerjasama Strategik Pengurusan Pertubuhan Berkualiti Bil. 4/2025 bersama Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Husna Wilayah Johor Tenggara dengan kehadiran 100 peserta termasuk 17 pegawai JPPM Johor, wakil pertubuhan dan 32 anak yatim. Program Kasih Sejati – Sentuhan Prihatin ini bertujuan memupuk budaya prihatin, mengukuhkan semangat kesukarelawan serta berkongsi pengalaman pengurusan pertubuhan berkualiti, selari dengan nilai MADANI yang menekankan ihsan dan kesejahteraan masyarakat.










