Program anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) ini menjadi platform berkesan dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat setempat. Sepanjang program, JPPM Negeri Sarawak telah menyediakan khidmat nasihat, perkongsian maklumat serta penerangan berkaitan pendaftaran dan pengurusan pertubuhan. Bagi memeriahkan lagi reruai pameran, JPPM Negeri Sarawak juga membuat cabutan bertuah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur serta semua pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan.






















