Galeri Foto

PROGRAM OUTREACH (KESELAMATAN) BERSAMA KASTAM “PENGGUBAHAN WANG HARAM KERJASAMA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI PERLIS

28 Jun 2025, Langkawi - Telah berlangsung Program Outreach (Keselamtan) bertajuk "Penggubahan Wang Haram" bersama pertubuhan-pertubuhan di Langkawi. Program ini telah dihadiri seramai 85 orang daripada 48 buah pertubuhan pelbagai kategori di sekitar Langkawi.


Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Mohammad Nizar bin Ismail, Penolong Pengarah Kastam, Ketua Cawangan Penguatkuasaan dan Marin Kuala Perlis. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam kepada pertubuhan-pertubuhan tempatan mengenai ancaman jenayah kewangan, khususnya penggubahan wang haram. Melalui program ini, peserta didedahkan kepada definisi sebenar penggubahan wang haram dan kaedah-kaedah yang lazim digunakan oleh sindiket, serta kesan buruknya terhadap ekonomi, keselamatan negara dan kestabilan sosial. 


Tuan Mohammad Nizar bin Ismail, menekankan kepentingan peranan masyarakat dalam membantu pihak berkuasa mengenal pasti dan melaporkan sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan. Program ini juga bertindak sebagai platform untuk menjalin kerjasama yang lebih erat antara pihak penguatkuasa dan pertubuhan dalam usaha memperkukuh integriti kewangan negara serta memastikan setiap lapisan pertubuhan peka terhadap tanggungjawab mereka dalam membanteras jenayah ini. 


Program ini diharapkan dapat memperkasa pengetahuan ahli-ahli pertubuhan agar lebih berwaspada dan tidak terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam sebarang aktiviti berkaitan penggubahan wang haram.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP