JERANTUT, 10 JULAI 2025 -JPPM Negeri Pahang telah mengadakan Program #ros_care Bil.7 Tahun 2025 bersama Pertubuhan baru dan lama di daerah Jerantut. Taklimat ini memberi pendedahan kepada pertubuhan-pertubuhan lama yang telah diwujudkan sebelum tahun 2012 dan masih belum migrasi perlembagaannya agar pertubuhan tersebut dapat mendigitalkan perlembagaan ke dalam sistem eROSES untuk memudahkan carian maklumat dilakukan. Taklimat ini disampaikan kepada semua pertubuhan adalah mengenai pengurusan dan tadbir urus pertubuhan bagi memastikan pertubuhan berdaftar bergerak sejajar dengan Akta Pertubuhan 1966.















