Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri bersama YBhg. Dato’ Mohd Zulfikar bin Ahmad, Ketua Pengarah JPPM.
Kampung Sindang, Kota Samarahan telah dipilih sebagai lokasi pelaksaan program berdasarkan keperluan infrastruktur asas serta potensinya untuk membangunkan komuniti secara inklusif.
Pelaksanaan Projek bagi Program Kampung Angkat MADANI JPPM Tahun 2025 dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Samarahan, Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan. Projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana tersebut merangkumi kerja-kerja membaik pulih sistem perparitan, penyediaan rumah sampah baharu, menaik taraf gelanggang badminton, membina “welcoming board”, serta penyelenggaraan fasiliti Masjid Darul Ikhlas. Usaha ini turut diperkukuhkan melalui Program Prihatin MADANI yang melibatkan aktiviti gotong-royong bersama komuniti setempat yang telah dilaksanakan pada 17 November 2025 yang lepas.
Komitmen berterusan ini mencerminkan aspirasi MADANI dalam memperkasakan komuniti desa melalui pembangunan yang bersepadu, inklusif dan mampan.























