Galeri Foto

PROGRAM #ROS_CARE ROADSHOW SISTEM EROSES VERSI 2.0 DAN PEMAHAMAN AMLA DALAM TADBIR URUS PERTUBUHAN
IPOH, 7 Februari 2026 (Sabtu) - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Perak telah menganjurkan Program #ros_care Roadshow Versi 2.0 dan Pemahaman AMLA Dalam Tadbir Urus Pertubuhan yang bertempat di Cassia Event Palace, Chemor, Perak.
Program ini bertujuan untuk memberikan penerangan yang jelas berkaitan fungsi dan kelebihan penggunaan Sistem eRoses Versi 2.0 Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz Izzad bin Abdul Razak iaitu wakil daripada Syarikat Objection Expression Sdn Bhd.
Para peserta juga mengikuti sesi taklimat berkaitan pemahaman Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dalam tadbir urus pertubuhan yang telah disampaikan oleh Tuan Azaha bin Lias, Penolong Pesuruhjaya SPRM Negeri Perak.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran seramai (110) orang peserta daripada (50) pertubuhan pelbagai kategori dan ia turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Ibu pejabat JPPM.
---------
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP