Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan Program Roadshow Sistem e-Roses V2.0 Bagi Persatuan/Kelab Berdaftar Negeri Pahang. Program ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang penambahbaikan terbaru dalam Sistem e-Roses V2.0, yang bakal memudahkan urusan pendaftaran dan pengurusan pertubuhan di seluruh Malaysia. Program ini bertujuan untutk memberi pengetahuan dan kefahaman dalam melayari Sistem e-Roses V2.0 ini agar pertubuhan dapat mentadbir pertubuhan dengan baik selaras dengan Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832], Undang-Undang Tubuh Pertubuhan dan Dasar-Dasar Negara.
JPPM Negeri Pahang turut membuka kaunter khidmat nasihat bagi membantu pihak pertubuhan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi serta dapat menguruskan tadbir urus pertubuhan dengan baik.























