Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 03 April 2024 telah memutuskan ketetapan baharu mengenai pengurusan pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 berkaitan pertubuhan kategori keagamaan berhubung pelaksanaan tindakan kawal selia dan pengurusan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) telah menyediakan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pertubuhan kategori keagamaan dalam memastikan penyelarasan terhadap pertubuhan kategori keagamaan lebih teratur dan seragam sebagai panduan kepada pertubuhan.
Jabatan telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pemakluman Prosedur Operasi Standard (SOP) Pertubuhan Kategori Keagamaan Di Bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan bagi memaklumkan ketetapan dasar serta SOP Pertubuhan Kategori Keagamaan yang berdaftar dalam memastikan semua proses kerja yang dilaksanakan adalah teratur dan seragam mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Bertempat : H Elite Hotel, Tunjung Kota Bharu,Kelantan.












