KUANTAN, 14 April 2026- Pengarah JPJ Negeri Pahang, YBrs. Tn. Hj. Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya bin Syed Abdul Rahman telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Negeri Pahang. Delegasi diketuai oleh En. Mohd Fadzlee bin Mat Yassin @ Adnan, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Pahang bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.
Kunjungan ini bertujuan untuk meneliti peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkukuh kerjasama antara agensi, perkongsian maklumat serta pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada jabatan dan masyarakat. Usaha ini diharap dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan serta menyokong agenda keselamatan jalan raya di Negeri Pahang secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.















