Galeri Foto

“PROGRAM JIWA MURNI KELUARGA MALAYSIA” (BANTUAN PASCA BANJIR TEMERLOH) JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Sumbangan bantuan pasca banjir Temerloh anjuran Bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Akrab Kelantan (AKRAB), Kelab Sukan dan kebajikan Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan dan Persatuan Komuniti Sejahtera Salor (PKSS).

Program yang dijalankan secara kolaborasi dengan Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Akrab Kelantan (AKRAB), Kelab Sukan dan kebajikan Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan dan Persatuan Komuniti Sejahtera Salor (PKSS)  untuk menyediakan bekalan bantuan kepada penduduk sekitar kawasan Temerloh, Pahang yang terjejas bencana banjir. Program ini salah satu program #ros_care Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan dalam bentuk outreach yang dijalankan bagi memberi bantuan kepada magsa banjir dari segi tenaga kerja dan sumbangan barangan dan keperluan asas.


Program sumbangan ini dijalankan sempena Program #ros_care Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan sekaligus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk turut tampil menghulurkan bantuan sama ada badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan bagi meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir di daerah Temerloh, Pahang yang terjejas.

 

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP