Pertubuhan boleh melaksanakan mesyuarat melalui sidang video dengan syarat mematuhi peruntukan-peruntukan perlembagaan pertubuhan. Segala dokumen seperti memo panggilan mesyuarat, senarai kehadiran, agenda dan minit mesyuarat serta rekod-rekod mesyuarat hendaklah disediakan secara fizikal (hard copy) dan disahkan.
Cawangan pertubuhan yang dibatalkan di bawah Seksyen 13(1)(d) boleh didaftarkan semula dengan memenuhi kehendak di bawah Seksyen 14(8) di mana cawangan pertubuhan itu hendaklah mematuhi perintah di bawah Seksyen 14(1) iaitu mengemukakan penyata tahunan; atau Pendaftar Pertubuhan berpuashati bahawa cawangan pertubuhan telah membuktikan bahawa perintah itu tidak mungkin dapat dipenuhi. Jika Pendaftar Pertubuhan berpuashati, maka cawangan pertubuhan bolehlah mengemukakan permohonan untuk mendapat kebenaran untuk menubuhkan cawangan seperti biasa dengan membezakan nama baru daripada nama asal.
Boleh kerana pertubuhan yang ingin didaftarkan hanya perlu membuat permohonan secara atas talian di www.eroses.gov.my dan pertubuhan yang ingin didaftarkan perlulah termaktub di bawah peruntukan Akta Pertubuhan 1966 atau peraturan-peraturan berkaitannya.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-