Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Bolehkan JPPM mengesahkan perlembagaan berdaftar pertubuhan yang ditaip semula (termasuk semua pindaan yang telah diluluskan) untuk digunakan sebagai perlembagaan yang sah? siapakah yang berkuasa berbuat demikian?

JPPM boleh mengesahkan perlembagaan tersebut dengan syarat Penolong Pendaftar berpuas hati dengan salinan dibuat adalah sama dengan salinan asal. Penolong Pendaftar Pertubuhan berkuasa meluluskan permohonan tersebut. 

Walau bagaimanapun, pihak persatuan digalakan untuk membuat pindaan perlembagaan secara atas talian (Pindaan Migrasi) bagi memudahkan proses untuk mendapatkan perlembagaan lengkap secara atas talian (soft copy). Pengesahan dokuman akan dikenakan fi mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Bolehkan dua pertubuhan yang mempunyai tujuan dan nama yang sama ditubuhkan di tempat yang sama?

Pertubuhan yang mempunyai nama yang sama atau seakan sama tetapi dengan tujuan yang berlainan juga TIDAK BOLEH ditubuhkan kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan.

Adakah persatuan boleh menggunakan nama persatuan dalam bahasa inggeris?

Pertubuhan-pertubuhan yang memohon pendaftaran hendaklah menggunakan nama di dalam Bahasa Malaysia.  Walaubagaimanapun nama di dalam bahasa lain boleh juga digunakan sebagai sampingan (dalam kurungan) atau di bawah nama dalam Bahasa Malaysia. (Rujukan : Arahan Pendaftar 16 Januari 1979).

Bolehkah persatuan bergabung dengan persatuan dari luar negara atau bergabung dengan negara luar?

Pertubuhan boleh bergabung dengan pertubuhan/negara luar sebagaimana peruntukkan perlembagaannya. Akta Pertubuhan 1966 menghendaki pertubuhan mengisytiharkan perkara tersebut dalam penyata tahunannya

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP