Jika seseorang ahli tersebut telah tidak memenuhi syarat keahlian disebabkan perpindahan, tidak membayar yuran atau lain-lain sebab, maka dia seharusnya tidak lagi menjadi ahli pertubuhan.
Oleh itu, pertubuhan dinasihatkan agar sentiasa mengemaskini daftar ahlinya.
Tiada tempoh yang ditetapkan untuk membatalkan pertubuhan yang tidak mengemukakan penyata tahunan.
Pertubuhan adalah bertanggungjawab menghantar penyata tahunannya pada setiap tahun dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat Agungnya dan sekiranya tiada Mesyuarat Agung dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar (sebelum 1 Mac).
Jika gagal mengemukakan penyata tahunan, Pendaftar akan mengeluarkan notis 13(2) Kenyataan Sebelum Pembatalan supaya mengemukakan jawapan berkaitan kegagalan mengemukakan penyata tahunan pertubuhan dalam tempoh 30 hari.
Jika gagal mematuhi notis 13(2) Kenyataan Sebelum Pembatalan, pertubuhan akan dibatalkan.
Penyata tahunan perlu dihantar secara online melalui sistem eRoses oleh Setiausaha Pertubuhan sebagai pemilik akaun. Penghantaran Penyata Tahunan adalah sebagaimana yang termaktub dalam seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 dimana “Tiap-tiap pertubuhan berdaftar hendaklah, dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar…”
Penyata tahunan (PT) adalah laporan tahunan yang perlu dikemukakan kepada JPPM pada setiap tahun, di bawah Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966.
PT perlu dihantar dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat agung atau dalam tempoh 60 hari tamat tahun kewangan.
Maklumat PT hendaklah dihantar melalui sistem eROSES oleh setiausaha pertubuhan.
Kuasa memberikan pengecualian cukai adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-