Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Lupa katalaluan eroses. Apa perlu saya lakukan?
  1. Buka URL www.eroses.gov.my
  2. Klik pada pautan Lupa Katalaluan.
  3. Masukkan jenis pengenalan diri, no pengenalan diri dan email yang didaftarkan dan Klik HANTAR.
  4. Email menukar katalaluan akan dihantar secara automatik ke alamat email yang dimasukkan. (Sila pastikan email  tersebut aktif)
  5. Klik pada Link Pengaktifan di dalam email dan sila ikuti arahan yang dipaparkan.
  6. Selamat mencuba!!
Bagaimanakah kaedah / proses untuk memohon geran persatuan penduduk?

Geran persatuan penduduk adalah secara one-off, iaitu ditawarkan apabila JPPM menerima peruntukan khas bagi tujuan tersebut.

JPPM akan mengiklankan tawaran geran di portal www.ros.gov.my dan Facebook rasmi Jabatan apabila menerima peruntukannya kelak.

Bagaimana cara untuk mendapatkan sijil / dokumen yang telah disahkan oleh jppm untuk urusan pembukaan akaun bank persatuan?

Salinan sijil / dokumen persatuan boleh didapati melalui carian di mana-mana kaunter JPPM yang terdekat. Carian adalah terhad kepada dokumen yang dikehendaki seperti Sijil Pendaftaran, senarai AJK dan Perlembagaan  Pertubuhan.

Setiap dokumen akan dikenakan bayaran mengikut peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 seperti  berikut :

Sijil Pendaftaran - RM10.00;

Senarai AJK - RM2.00 bagi tiap-tiap muka surat; dan  

Perlembagaan Pertubuhan - RM2.00 bagi tiap-tiap muka surat.

Apabila pertubuhan dibatalkan, berapa lamakah tempoh rayuan yang dibenarkan?

Pertubuhan boleh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan pembatalan mengemukakan permohonan  rayuan kepada Menteri dengan mengemukakan dokumen-dokumen sokongan dan bayaran permohonan sebanyak  RM50.00.

Bolehkah seseorang dilantik memegang sesuatu jawatan semasa mesyuarat agung sedangkan dia tidak hadir ketika undian perlantikan jawatan tersebut walaupun ia telah menyatakan kesudiannya untuk memegang apa-apa jawatan jika dipilih. Adakah sah perlantikan tersebut?

Ahli yang tidak hadir ke Mesyuarat Agung tidak boleh dipilih untuk memegang jawatan. 

Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sekiranya ada dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan bahawa ahli yang tidak hadir dan tidak mengundi dibenarkan untuk memegang jawatan yang dipertandingkan.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP