Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Bolehkah setiausaha penaja menggunakan semula permohonan pendaftaran yang ditolak sebagai permohonan pendaftaran yang baharu?

Permohonan perdaftaran yang telah ditolak tidak boleh dipinda. 

Sekiranya pertubuhan ingin mengemukakan semula permohonan, ia hendaklah dikemukakan sebagai mana permohonan baharu. 

Oleh itu setiausaha / pemohon hendaklah mengisi semula maklumat pertubuhan, senarai AJK, perlembagaan dan membuat bayaran pendaftaran, RM30.00.

Saya ingin mendaftar pertubuhan baru, tetapi pertubuhan yang ingin di daftarkan merupakan cawangan kepada pertubuhan yang berada di luar negara. adakah pertubuhan ini boleh didaftarkan di malaysia?

Pertubuhan boleh didaftarkan di Malaysia dengan syarat pertubuhan perlu mematuhi Akta Pertubuhan 1966. Pertubuhan juga boleh menggunapakai matlamat dan nama Pertubuhan yang berada di luar negara.

Walau bagaimanapun, permohonan akan diproses mengikut dasar dan polisi semasa kerajaan Malaysia (serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966)

Bantuan apakah yang boleh diberikan kepada ahli bagi pertubuhan faedah bersama?

Bantuan yang boleh diberikan seperti yang terdapat di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966 termasuklah  bantuan/nafkah semasa keuzuran, kelahiran anak, kematian serta dalam hal-hal penderitaan yang dibenarkan oleh  Perlembagaan Pertubuhan.

Bagaimanakah caranya untuk menubuhkan cawangan pertubuhan?

Setiausaha Agung Induk hendaklah mengemukakan permohonan (kebenaran menubuhkan cawangan) melalui system eroses. Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran, cawangan hendaklah mangadakan mesyuarat penubuhan cawangan dan melantik ahli jawatankuasa mengikut perlembagaan pertubuhan. Semua maklumat perlu dikemukakann semula kepada Setiausaha Agung Induk untuk dikemaskini di dalam system eroses untuk kelulusan.

Bolehkah ahli-ahli pertubuhan faedah bersama yang telah berpindah di luar mukim dipilih untuk memegang jawatan utama dalam pertubuhannya?

Boleh. Kelayakan menjadi ahli pertubuhan Faedah Bersama adalah ditetapkan mengikut tempat tinggal di bawah Seksyen 21(1)(c). Selepas kemasukkan, ahli-ahli yang berpindah boleh terus menjadi ahli dan memegang jawatan sekiranya tiada sekatan dalam Undang-Undang Tubuh pertubuhan itu.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP