Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Saya telah lupa katalaluan. bagaimanakah saya ingin mendapatkan kata laluan baharu?

Pengguna perlu klik pada butang “LUPA KATA LALUAN” yang terdapat di halaman pertama di dalam sistem  eRoses kemudian ikut arahan yang diminta bagi membolehkan pembaharuan kata laluan yang baru.

Kata laluan sementara akan diemelkan ke alamat emel berdaftar pengguna.

Bolehkan persatuan kebajikan dan rekreasi diletakkan sebagai pertubuhan faedah bersama?

Boleh secara “ad hoc” memberi bantuan sekiranya diputuskan oleh Jawatankuasa.Walaupun demikian, bantuan ini tidaklah spesifik seperti pertubuhan Faedah Bersama. Jika pertubuhan itu mengadakan sebagai tujuannya untuk  memberi bantuan kematian, bersalin, sakit dan faedah lain, maka pertubuhan itu hendaklah didaftar sebagai  pertubuhan Faedah Bersama.

Apakah yang dimaksudkan dengan pertubuhan yang menyalahi undang-undang?

Seksyen 41, Akta Pertubuhan 1966 menyatakan pertubuhan yang menyalahi undang-undang  termasuklah:

  1. Pertubuhan induk dan cawangan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
  2. Pertubuhan induk dan cawangan yang tidak didaftarkan.
  3. Cawangan yang tidak mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan.
  4. Pertubuhan induk atau cawangan yang telah dibatalkan.
  5. Pertubuhan cawangan yang Pertubuhan induknya dibatalkan
Siapakah yang bertanggungjawab membuat permohonan kepada pendaftar pertubuhan bagi melantik ahli jawatankuasa warganegara asing?

Setiausaha persatuan yang membuat permohonan kepada pendaftar melalui sistem eroses.

Bagaimana cara daftar pengguna?
  1. Buka URL www.eroses.gov.my
  2. Klik pada pautan Pengguna Baru.
  3. Masukkan semua maklumat yang diminta dan Klik DAFTAR.
  4. Email pengaktifan akaun akan dihantar secara automatik ke alamat email yang telah didaftarkan didalam sistem.
  5. Klik pada Link Pengaktifan yang dihantar melalui email dan ikuti arahan yang dipaparkan.
  6. Selamat mencuba!!
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP