Soalan Lazim

Bagaimana kami boleh membantu?
Siapakah yang bertanggungjawab terhadap rekod-rekod pertubuhan?

Secara amnya Tiga (3) Pemegang Jawatankuasa Utama (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) bertanggungjawab terhadap rekod-rekod pertubuhan dan ia perlu disimpan di tempat urusan pertubuhan, Walaubagaimanapun Ahli Jawatankuasa Biasa perlu bertanggungjawab terhadap rekod-rekod dibawah bidang kuasa masing-masing.

Apakah status ahli jawatankuasa, sekiranya ada peruntukan di perlembagaan pertubuhan menyebut seseorang ahli jawatankuasa secara automatik akan terhenti menjadi ahli jawatankuasa sekiranya tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan?

Setiausaha hendaklah memaklumkan secara bertulis mengenai peruntukan ini serta memberi notis tunjuk sebab setelah ketidakhadiran AJK buat kali ke-2 dengan tanpa sebab munasabah. Sekiranya AJK tersebut mengabaikan surat pemakluman dan notis tersebut seterusnya tidak hadir buat kali ke-3 jawatan AJK tersebut adalah terlucut secara automatik.

Apakah yang dimaksudkan dengan alamat berdaftar (surat menyurat / alamat pos) dan tempat urusan pertubuhan?

Alamat berdaftar (surat menyurat/alamat pos) Alamat untuk tujuan urusan surat menyurat pertubuhan. Ianya hendaklah boleh dicapai melalui perkhidmatan pos.

Tempat urusan pertubuhan pula bermaksud lokasi pertubuhan menjalankan aktiviti seperti mesyuarat, perbincangan, menyimpan dokumen atau lain-lain aktiviti seumpamaya.

Bagaimana untuk melucutkan seseorang pemegang jawatan utama daripada jawatannya ke atas kesalahan kerana tidak menjalankan tugas / sikap?

Pertubuhan perlu mengadakan peruntukan di dalam perlembagaan berkenaan perlucutan kuasa dan tatacara untuk melaksanakannya seperti contoh :

Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada Jawatankuasa tersebut untuk memberi surat pemakluman dan notis tunjuk sebab kepada pemegang jawatan utama tersebut sebelum tindakan perlucutan diambil.

Bolehkah pertubuhan luar negara (induk) menubuhkan cawangannya di malaysia?

Mana-mana pertubuhan di luar negara yang ingin bergerak di dalam Malaysia perlulah berdaftar sebagai Pertubuhan secara Induk terlebih dahulu sebelum menubuhkan mana-mana cawangan di Malaysia.

Pertubuhan boleh menggunakan tujuan dan matlamat yang sama seperti pertubuhan di luar negara serta perlu  mematuhi Akta Pertubuhan 1966 atau peraturan-peraturan berkaitannya.

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP