#ROS_CARE

Pengenalan

JPPM telah memperkenalkan konsep ros_care dalam pelaksanaan Program Outreach bersama pertubuhan bagi tujuan mewujudkan jalinan kerjasama dengan pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM serta memberikan khidmat nasihat dan kefahaman berkaitan pengurusan pertubuhan selaras dengan Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 termasuklah perlembagaan yang diwujudkan oleh sesebuah pertubuhan.


Program #ros_care juga merupakan satu program Jabatan yang dijenamakan semula bagi membolehkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia turun ke lapangan untuk mendekati rakyat bagi mendengar sebarang permasalahan dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Di samping itu, ia juga adalah susulan paradigma kepada pendekatan kerajaan yang ingin mewujudkan segmen yang berkesan melalui platform kolaborasi dengan agensi-agensi berkepentingan bagi mempertingkatkan kualiti dan profesionalisme penyampaian sektor awam.


Impak & Hasil

Menghasilkan satu platform kepada warga JPPM untuk mendekati pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar di bawah JPPM di seluruh Malaysia serta Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan pertubuhan secara efektif dan efisyen.

Galeri Album Foto #ROS_CARE

Akses dan lihat album dan foto dari pelbagai aktiviti yang telah dijalankan untuk #ros_care

Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP