JPPM Terengganu

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Terengganu (JPPM Terengganu) peringkat awalnya dikenali sebagai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Pantai Timur meliputi Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang diwujudkan pada tahun 1976. Pada Bulan Feb 1981 diwujudkan pula Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kelantan/Terengganu di mana pada masa itu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pahang diwujudkan.

Seterusnya, pada Januari 2001, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kelantan/Terengganu dipisahkan sebagai JPPN Terengganu dan JPPN Kelantan. Pejabat JPPN Terengganu beroperasi di No. 4-9, Tingkat 1, Wisma Peladang Terengganu, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Terengganu
Kementerian Dalam Negeri
No. 4-9, Tingkat 1,
Wisma Peladang Terengganu,
Jalan Sultan Mohamad,
21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
Telefon : 09 – 626 5885 / 09 – 626 6886
No. Faks : 09 – 626 7887
Laman Web JPPM Terengganu
() : Facebook JPPM Terengganu
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP