Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor (JPPM Selangor) dan Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Bagi memudahkan urusan orang ramai maka Pejabat JPP Selangor dan Wilayah Persekutuan telah dipisahkan pada 01 September 1994.
FUNGSI DAN TUGAS
1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984
2.Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia
3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar
4. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
5. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
6. Mendaftarkan Pegawai Harta.
7. Mendaftarkan Pegawai Awam;
8. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
9. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
10.Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
11. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
12. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya
13. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
14. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.
HUBUNGI KAMI
Pengarah