JPPM Sarawak

Undang-Undang berhubung pertubuhan di Sarawak mula diperkenalkan oleh pemerintahan Brooke pada tahun 1870 bagi membendung pertubuhan haram bergelar ‘Secret Hueh’. Undang-Undang tersebut kemudiannya dimansuhkan dan diganti dengan Order No. S-1 (Societies) 1927 dan Order No. S-1 (Societies) 1930.

Sarawak Societies Ordinance 1947 kemudiannya diperkenalkan untuk menggantikan Order No. S-1 (Societies) bagi pendaftaran dan pengawasan pertubuhan. Sarawak Societies Ordinance 1947 pula digantikan dengan Sarawak Ordinance 1957. Setelah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Akta Pertubuhan 1966 diperluaskan pemakaiannya ke Sarawak yang menggantikan Sarawak Societies Ordinance 1957.

Semasa jajahan British, pendaftaran pertubuhan di Sarawak adalah di bawah tanggungjawab pegawai ‘Chinese and Native Affairs’ yang dilantik oleh pentadbiran British di Sarawak. Pengendalian pendaftaran dan pengawasan pertubuhan di Sarawak kemudiannnya diletak di bawah tanggungjawab Jabatan Polis yang dikenali sebagai ‘Sarawak Constabulary’. Pegawai yang diamanahkan bergelar Pendaftar Pertubuhan Sarawak. Beberapa tahun kemudian, urusan hal pertubuhan diletak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendaftaran Negara sehingga Pejabat Pendaftaran Pertubuhan di Kuala Lumpur diwujudkan pada tahun 1968.

Sebuah cawangan kecil Jabatan di Miri telah ditubuhkan pada tahun 1981 untuk mengendalikan urusan pendaftaran pertubuhan bagi kawasan Bahagian Miri, Bintulu dan Limbang.


FUNGSI DAN TUGAS

Fungsi utama Jabatan ini adalah seperti berikut:

  1. Mentadbirkan dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan, 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984;
  2. Mengawal dan mengawasi pertubuhan supaya tidak menjejaskan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam atau akhlak negara Malaysia;
  3. Mengurus dan menyimpan rekod-rekod pendaftaran berkaitan dengan pertubuhan-pertubuhan dan cawangan-cawangan pertubuhan berdaftar.


Tugas-tugas yang dijalankan meliputi aktiviti-aktiviti utama seperti berikut:

  1. Memproses permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan baru dan permohonan bergerak sementara;
  2. Meluluskan permohonan pertukaran nama, alamat, pindaan undang-undang dan kebenaran penggunaan bendera/lambang/tanda-tanda lain;
  3. Mendaftarkan Pegawai Harta;
  4. Mendaftarkan Pegawai Awam;
  5. Memproses permohonan perlantikan Juruaudit Luar, permohonan pelaburan dana bagi pertubuhan faedah bersama;
  6. Mengawal dan mengawasi kegiatan-kegiatan pertubuhan berdaftar supaya ia terus mematuhi undang-undang berdaftar dan melaksanakan tujuan-tujuan penubuhannya;
  7. Menyemak penyata tahunan pertubuhan dan cawangan pertubuhan bagi mempastikan kepentingan dan hak ahli-ahli terjamin;
  8. Mengeluarkan notis-notis kepada pertubuhan di bawah Seksyen 14(2), 13(2) dan pembubaran sementara di bawah Seksyen 14(5) dan syor pembatalan pendaftaran pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Seksyen 13, Akta Pertubuhan, 1966;
  9. Mengadakan kemudahan carian maklumat dan memberikan salinan dokumen kepada pihak-pihak yang memerlukannya;
  10. Memberikan khidmat nasihat mengenai pengurusan pertubuhan;
  11. Memberikan ceramah mengenai pengurusan pertubuhan kepada pihak-pihak yang membuat permintaan.


HUBUNGI KAMI

Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak
Kementerian Dalam Negeri
Tingkat 2, Blok E, Queen’s Court,
Jalan Wan Alwi,
93350 Kuching, Sarawak.
Telefon : 082 – 454 925
No. Faks : 082 – 462 449
Laman Web JPPM Sarawak
() : Facebook JPPM Sarawak


Cawangan Miri
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sarawak
Kementerian Dalam Negeri
Bahagian Miri, Bintulu Dan Limbang
Tingkat 1, Blok A, Wisma Persekutuan Fasa 2
Jalan Cahaya Lopeng
98000 Miri, Sarawak.
Telefon : 085 – 415 087
No. Faks : 085 – 420 413
Laman Web JPPM Sarawak
() : Facebook JPPM Sarawak (MIRI)
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP